Powered By Blogger

Sunday, July 13, 2008

Najib Bersumpah ?


‘Wallahi Wabilahi Watallahi’.

Najib bersumpah depan di khalayak ramai. Matlamat beliau bersumpah adalah :

1) Menghilangkan secara langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri itu dengan Altantuya

2) “Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

3) Kata Najib , hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Tahukah Najib ?? apa yang terdapat dalam Al Quran?


Diantara akhlak Abu Bakr sahabat Rasulullah s.a.w ialah menjaga dirinya dari bersumpah. Diantara sifat orang yang warak ialah tidak melakukan sumpah .Kecuali apabila terlibat dengan sesuatu pendakwaan dimahkamah Islam dan hakim memerintahkannya melakukan sumpah.

Mengikut Imam Syafie, Sumpah adalah makruh berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 224 "Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng". Sumpah boleh menjadi haram, Wajib, harus dan sunat berdasarkan matlamat dan tujuannya.

Kalau hukum Allah dalam Al-Quran tak mahu ikut, maknanya Al-Quran tu dah boleh sama taraf sahaja dengan buku lain ?. Kalau ayat Allah tak mahu di ikut, bersumpah dengan nama Allah pun tak boleh percaya.

Hidup bukan kerana doa, dan mati bukan kerana sumpah !

No comments: